6. Order FAQ

Di manakah lokasi NRcreative ?
Kami berada di Padang Serai, Kulim,Kedah di bawah naungan Al Mizan Maju yang beralamat No. 30, Jalan Lagenda 1/1, Taman Lagenda, 09400 Padang Serai, Kulim, Kedah Darul Aman terletak sebaris dengan Pasaraya EkonoJaya

Bolehkah wang dikembalikan jika terdapat kerosakan pada barang yang dipesan?
Penghantaran melalui CityLink dijamin selamat. Pihak CityLink telah dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga item yang dikirimkan sampai dengan selamat..

Bolehkah pelanggan tidak membayar wang deposit terlebih dahulu?
Bagi mengelakkan sebarang masalah, wang deposit perlu dilaksanakan.

Berapakah minimum kad kahwin yang boleh ditempah?
Minimum kad yang boleh ditempah di NRcreative ialah 100 pcs.

Berapakah lamakah masa yang diambil untuk kad yang ditempah siap?
Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan draf rekabentuk (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 2-3  hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera.  Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.  Tempoh yang diperlukan ialah 2 – 3 hari bekerja bergantung kepada maklum balas berkenaan. Tempoh cetakan pula mengambil masa 7 hari bekerja setelah bayaran diterima ( cetakan tanpa finishing)

Bolehkah pelanggan mengambil semula wang jika pelanggan membatalkan tempah?
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat  jika proses percetakan belum dilaksanakan.
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
Jika pembatalan dibuat selepas draf dibuat, wang pendahuluan artwork (RM50) tidak akan dikembalikan.
Jika pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan.

Bagaimana Jika saya ingin membuat tempahan kad kahwin di website ini?
Sila isi borang tempahan yang terdapat di halaman web ini.

https://kadkahwinnr.wordpress.com/kad-kahwin-dan-kod/borang/

Selain itu anda juga boleh merujuk halaman ini http://www.kadkahwintop.ml


Bolehkah saya menempah kad perkahwinan terus di Showroom NRcreative sendiri?
Ya sudah tentu boleh. Tetapi kami menasihatkan pelanggan untuk berurusan melalui online kerana harga yang ditawarkan secara online adalah lebih murah.

Selain agama islam, bolehkah agama lain menempah kad kahwin di website NRcreative   ini?
Sudah semestinya boleh. Tiada masalah jika agama lain ingin menempah kad dengan NRcreative. Jika  anda menggunakan templete design sedia ada tiada caj tambahan dikenakan tetapi jika anda menggunakan wording atau design anda sendiri caj tambahan akan dikenakan.


Adakah NRcreative ini dibawah naungan syarikat bumiputera?

Itu sudah semestinya!!! Kami berada bawah naungan syarikat 100% bumiputera.

Bilakah waktu showroom NRcreative dibuka ?
Kami berurusan pada setiap hari pada jam 10.00 pagi hingga 10 malam.

Adakah pihak NRcreative menerima tempahan dari Singapura & Brunei?
NRcreative menerima tempahan semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Jika Negara lain turut berminat untuk berurusan dengan kami tiada masalah tetapi caj penghantaran berbeza-beza.

Bolehkah saya mendapat diskaun sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak?
Itu sudah pasti.

Adakah pihak NRcreative membuka peluang kepada agen?
Ya.Telah banyak ejen-ejen berurusniaga dengan kami. Sekiranya sesiapa berminat untuk menjadi agen kami, mereka boleh terus menghubungi kami melalui email.

Apakah kurier yang digunakan oleh NRcreative ?
Kami menggunakan perkhidmatan  CityLink dan pos laju.

Saya ingin tempah kad dengan NRcreative tetapi adakah kad saya dijamin akan tiba dalam keadaan yang baik?
InsyaAllah, dengan pengalaman yang kami ada kami akan memastikan semua tempahan yang ditempah tiba dengan keadaan yang baik.

Bagaimana cara pembayaran dilakukan?
Semua  pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)

Setiap tempahan kad hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan. Sila rujuk bawah:
– Deposit 50% dari jumlah amaun bersih tempahan @ bayaran penuh :
(Sebelum kerja-kerja cetakan dibuat)
– Baki 50% setelah kad siap dicetak dan sebelum proses pengeposan dilakukan.
(Kad akan dihantar melalui kurier) ..semua bayaran mesti dibuat di akaun Maybank.

Berapa lama yang diperlukan untuk tengok design yang ditempah?
Masa yang diperlukan adalah 2 – 3 hari waktu bekerja.

Bagaimana cara untuk menghubungi NRcreative ?
Anda boleh berhubung melalui Email : nrcreative4u@gmail.com. Hotline : 013 2114177 dan SMS/WhatsApp : 013 2114177


Bolehkah saya membuat tempahan kurang dari kuantiti minima yang ditetapkan?
Minima kuantiti yang ditawarkan adalah 100 pcs.

Adakah NRcreative menerima tempahan segera / urgent order ?
Ya boleh, tetapi kami mungkin akan mengenakan caj tambahan kepada urgent order.maklumkan kepada kami jika kad kahwin anda ingin disegerakan.

Adakah setiap kad disertakan sampul?
NRcreative hanya memberi harga kad dan disertakan sampul PERCUMA. 

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh NRcreative ?
Kami menawarkan semua jenis percetakan dan pengiklanan.

Bolehkah  jika kami ingin tukar corak design?
Boleh, tetapi mungkin dikenakan caj tambahan

Adakah kad-kad kahwin ini boleh memuatkan 2 pihak?
Boleh, tetapi anda haruslah mengambil saiz yang sesuai kerana jika anda inginkan nama dua pihak ditulis saiz kad haruslah besar sedikit daripada biasa bagi memuatkan dua pihak.

Ramai orang melakukan penipuan secara online. Macam mana nak pastikan saya tidak ditipu?
NRcreative berada dibawah naungan Al Mizan Maju yang telah didaftarkan bawah SSM. Dan berpengalaman selama 22 tahun. Selain itu anda juga boleh kunjungi syarikat kami di no 30, Jalan Lagenda 1/1, Taman Lagenda, 09400 Padang Serai, Kulim, Kedah. Anda juga boleh melihat testimoni dari pelanggan-pelanggan kami di page facebook kami.. https://www.facebook.com/kadkahwintop/

Peta yang bagaimana saya perlu hantar?
Anda boleh menghantar melalui format jpeg, png, illustrator dan adobe photoshop. Boleh email nrcreative4u@gmail.com atau whatsapp 0132114177

Apakah saiz yang ditawarkan?
Sila rujuk website di bahagian KAD KAHWIN

Bolehkah saya menukar warna kad kahwin?
Ya boleh mengikut citarasa masing-masing malah boleh meletak gambar pengantin secara percuma!!!

Adakah saya boleh membuat kad dengan rekabentuk sendiri?
Sudah semestinya boleh. Tetapi harus mengikut spesifikasi dan format gambar yang tidak pecah. Dan tiada caj tambahan dikenakan.

Berapakah caj pos/ kurier sekiranya kad yang ditempah dihantar terus apabila siap ?
Caj yang dikenakan adalah PERCUMA.

Bilakah tempahan perlu dibuat dan mengapa perlu menempah lebih awal ?
Anda boleh tempah bila-bila sahaja. Hal ini kerana kami merupakan sebuah syarikat yang melakukan cetakan yang terpantas.

Bolehkah saya meletak gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan? Gambar yang bagaimana saya perlu hantar?
Anda boleh meletak gambar di dalam kad, ianya percuma.. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, sama ada email atau hantar softcopy kepada kami. Pastikan memberi gambar dengan resolusi 300dpi (dot per inch), saiz 1 mb (megabait) ke atas, tidak gelap, bila zoom 100% jelas dan tidak diambil di lokasi dengan lampu kuning. Ini bagi memastikan kualiti gambar adalah terbaik semasa dicetak. Anda boleh juga memberi gambar hardcopy sedia ada untuk di scan di tempat kami. Boleh juga memberi gambar pasangan yang berasingan.

Bolehkah saya bawa contoh atau sample design untuk didesign semula?
Boleh, tetapi kami nasihatkan anda supaya mengemail kami design anda kerana kami menawarkan harga yang lebih murah melalui online dan pos dalah PERCUMA.

Adakah ada bayaran lain selain dari yang dipaparkan?
Tiada caj tersembunyi. Semua harga telah dipaparkan.

Bagaimana pula dengan jenis bahasa atau tulisan yang lain, adakah diterima oleh NRcreative?
Semua bahasa boleh diterima, tetapi anda harus memberi wording sendiri kerana kami hanya ada untuk bahasa melayu dan inggeris sahaja.

Adakah setiap rekabentuk tempahan yang telah dibuat akan disemak dahulu oleh pelanggan sebelum proses percetakan dijalankan?
Sudah semestinya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kesalahan  yang terdapat dalam kad kahwin yang anda tempah.

Bolehkah saya mengambil terus tempahan di NRcreative tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran?
Ya.. boleh.

Mengapakah harga kad kahwin di NRcreative lebih murah berbanding yang lain? Adakah pihak anda mengenakan caj tersembunyi?
Tidak. Tiada caj tambahan yang dikenakan.Kami mengambil peratus keuntungan yang minima bagi menjimatkan perbelanjaan dan tidak membebankan pelanggan kami.

Kalau 1000 kad tapi 500 untuk alamat lelaki dan 500 lagi untuk alamat lelaki..harga still sama ke?
Boleh.. tapi harga mengikut kuantiti 500 untuk satu pihak.


Berapa lama proses penghantaran dilakukan?
Pihak kami akan pos selepas pengesahan dilakukan dalam 1-2 hari bekerja..tetapi penghantaran tergantung pada kurier.

Kalau saya dah tempah kad saya sendiri, kemudian kawan saya  tengok dan suka. dia pon nak order. ada komisen tak untuk saya?
Ada. Kami akan memberikan 10% komisen kepada anda dan ianya hanya untuk jangkamasa 2 minggu sahaja setelah kad anda dapat dan terima kasih kepada anda kerana tolong promote pada kawan-kawan anda.

Boleh tak kalau saya nak tukar warna, tulisan jadi lain atau tambah ayat2 atau khat  dalam kad?
Boleh saja dan tiada caj tambahan dikenakan.

Kalau nak tambah streamer dan banner berapa? Ada kos design tak?
Harga streamer dan banner boleh rujuk pada website NRcreative.

Bagaimanakah proses tempahan?

Proses tempahan adalah seperti berikut:
LANGKAH 1 : ISI BORANG TEMPAHAN
LANGKAH 2 : DEPOSIT 50% dari jumlah harga tempahan.
LANGKAH 3 : REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
LANGKAH 4 : PEMBETULAN (jika terdapat kesalahan)
LANGKAH 5 :PROSES PERSETUJUAN TERAKHIR
LANGKAH 6 : PROSES MENCETAK
LANGKAH 7 : KAD SIAP
LANGKAH 8 : PELANGGAN MENYELESAIKAN BAYARAN BAKI SEPENUHNYA.
LANGKAH 9 : PROSES PENGHANTARAN/POS

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s